kini ku pasrah, dan mampu menerimanya :')

pejam-pejam celik, pejam celik, sudah genap beberapa minggu aku menghabiskan cuti semesterku. dan masih ada sebulan lagi. amat membosankan, tiap-tiap hari ditemani komputer riba dan laman sosial facebook untuk bertanya khabar rakan-rakanku yang sekian lama tidak berjumpa dan bersua. pada hari ini, aku hanya memabaca lama blog pengarah yang terbaik aku SYAMSUL YUSOF dan DR. ANWAR FAZAL.

2 hari yang lepas, aku telah memuat laman blogku ini dengan cerita antara aku dengan sahabat karibku yang sekian lama meniggalkan diri aku. Niat aku ingin mengulangi entry itu, tapi aku tidak mampu menanggung kesedihan yang aku tanggung selama ini, tidak mampu.

Pada hari ini, aku dikejutkan di pagi yang cerah selepas aku terjaga dari mimpi yang tidak sebegitu indah. Aku bangun dengan keadaan rimip muka yang agak masam, dan aku menyelak langsir tingkap di bilikku sambil tenung ke awan. Aku membayangkan mimpi yang telah membuai tidurku malam tadi. Aku mimpi benda yang sama seperti aku ceritakan di entry blogku sebelum ini. Ya, aku tahu, mimpi itu membawa kebaikan. Tetapi, seperti yang aku katakan "aku tidak mampu berhadapan dengannya setelah apa yang aku terima daripadanya". Ya, mesti orang akan kata, perselisih fahaman antara aku dan najiha adalah satu perkara yang agak kecil. Tapi, bertapa mendalamnya aku terasa semua ini, hanya Allah sahaja yang maha-memahami.

Seperti yang dikatakan, setiap hari, aku berdoa, agar tidak memikir benda yang sama. Tetapi, perkara yang sama berlaku pada setiap hari. Kadang-kadang, aku mengganggap diri aku begitu bodoh sekali. Tapi, aku cuba menafikan yang najiha bukan seorang yang macam itu. Aku sedar, aku manusia biasa. Tidak berhak mentafsir atau menakdirkan sesuatu perkara. Tapi itu sudah menjadi lumrah. Setiap manusia akan berubah. Tapi bukanlah perubahan yang seperti itu ku harapkan daripadanya.

Setiap hari, di sekolah aku terserempak dengan kelibatnya. Hati aku berasa begitu sayu sekali melihatnya sedang bergelak ketawa dengan rakan-rakannya yang lain Tatkala rakan-rakanku bergembira dan rancak bercerita, aku pula memandang kearah dia tanpa menghiraukan apa yang rakan-rakanku ceritakan. Sungguh sayu hati ini. Aku rasa bagaikan aku pula yang bersama dia sedang gelak ketawa seperti dulu. Kemudian rakanku menyapa bahuku dan berkata "kan shikin?" dengan nada suara yang gembira. Aku hanya terenyum, mengangguk dan mengiyakan saja apa yang mereka perkatakan sedangkan pada mulanya aku tidak tahu apa yang mereka perkatakan sehingga hati mereka terhibur.

Bila didalam kelas, aku seakan tiada semangat ingin belajar. Kadangkala, bila guruku tiada didalam kelas, aku keluar tanpa izin ketua dan penolong kelasku untuk mencari dia dan cuba melihat dia hanya dari jauh. Aku keluar dari kelas tanpa pengetahuan kawan karibku di dalam kelas yang duduk di kiri dan kananku, khaleeda dan izzatul. Sebaik saja aku masuk kedalam kelas, kadangkala aku dimarahi guruku kerana lewat masuk ke kelas, dan 2 orang rakanku itu tadi tanya soalan yang sama "kau pegi mana? asal lambat masuk kelas? kau cari sapa?" aku terpaksa menipu mereka dan berkata " a aku pegi tandas" dengan gagap. dan mereka berkata "kitorang tak nampak pon kau kat tandas tadi?" aku menjawab dengan keadaan yang gagap dan tahu ingin menjawab apa " o, oh, a aku p pegi sekejap je, a aku cuci tngan, t tapi kan aku buang sampah, l lepastu aku terus pergi j jalan-jalan" dan mereka menggangguk. Kadang-kadang aku rasa bersalah sebab tipu mereka.

Bila aku pulang dari sekolah, dengan keaadan rimip muka aku yang sangat letih, aku asyik terfikirkan dia walaupun fikiranku letih setelah seharian menyimpan ilmu yang guruku berikan. Kadang aku terfikir yang hari esok aku tidak mahu datang ke sekolah, kerana aku terpaksa menipu kawan aku hampir setiap hari. Aku rindu ingin berjabat tanyan dan melambaikan tanganku kepadanya tanda aku ingin meninggalkan dia di surau selepas aku menemaninya ke surau. Tetapi, setiap kali aku tersenyum sambil teringat akan semua itu, pasti ada bunyi sesuatu jatuh atau sebagainya seakan-akan ingin mengejutkan diriku dari termenung jauh, seperti ketika hujan, aku sering merenung ke awan dan melihat titisan air hujan yang semakin lebat membasahi bumi. Sedang aku asyik merenung ke awan, kemudian ada guruh dan petir yang seakan-akan ingin menyedarkanku dari mimpi. Bila ada perkara sebegitu, rimip muka aku berubah. Daripada senyum, bertukar kepada sedih dan pilu. Dan aku terus merenung kebawah dengan hati yang sayu. Pada masa itu, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang aku rasa.

Kadang bila aku berada disekolah, aku marah tidak tentu pasal. Dan bila rakan-rakanku ingin mengetahui apakah masalah yang aku hadapi sehingga aku murung sebegini, "shikin kau ok ke, kenapa dengan kau?' terutamanya raja shahinda, dialah orang pertama yang akan tanya, " ish! jangan kacau aku la! jangan tanya-tanya aku boleh tak! aku rimas la! pergi duduk tempat lain! jangan duduk sini rimas la! pergi la sana!" aku menengking dia tanpa aku sedari apa yang aku katakan pada dia. Dan dia cuba jugak dapatkan jawapan dengan bertanya kepada rakan-rakanku yang lain. Dan aku mendengar desas-desus rakan-rakanku bercerita tentang aku. Aku langsung tidak mengendahkan mereka. Kadangkala, aku rasa bersalah yang teramat sekali keran berbuat sedemikian. Kadangkala juga, benda yang kecil pun aku boleh marah seperti orang ingin cuba mencari maasalah dengan aku sedangkan rakan sekelasku meminjam kerusi untuk duduk ditempat yang lain. "siapa yang pandai-pandai ambik kerusi aku ha! abis aku nak duduk dekat mana! kenapa tempat aku bersepah-sepah dan penuh dengan sampah! bukan ke awal tahun haritu aku dah buat jadual bertugas sebelum aku letak jawatan! kau ingat aku buat untuk perhiasan kea!" kemudian datang seorang peminjam kerusiku itu dengan perasaan dengan rimip muka yang amat takut, nama dia Aisyah. "kin, sorry, aku pinjam kerusi kau sebab aku nak duduk nak duduk dengan budak kat depan, aku mintak maaf, sebab tak bagi tahu kau" aku pula menjawab "bukan ke ade melambak2 kerusi kat belakang sana! kenapa ambik kerusi aku jugak!". Kerusi di belakang kelasku semua buruk-buruk. sebab itulah dia tak ambil kerusi tersebut. Dan aku merentap kerusi dari tangannya dan menghempas kebawah dan duduk tempat aku sendiri. "apa yang tercegat kat situ! duduk la tempat kau sendiri! kau ingat kerajaan tak perihatin ke nak biarkan budak sekolah berkongsi meja dengan kerusi!" lantas dia pergi duduk di tempatnya dengan keadaan bingung. kadangkala, aku sangat sangat bersalah. dan rakan-rakanku yang lain memandang ke arah aku dengan keadaan yang pelik.

Kadangkala, ada yang lebih teruk daripada itu. Tetapi, aku tidak mampu mengungkit perkara itu lagi kerana aku rasa sangat bersalah atas apa yang aku lakukan. Tapi, hakikatnya, aku tidak berniat ingin memarahi mereka. Demi Allah. Kadangkala, pensil yang aku sedang guna untuk menulis, aku patahkahkan dan mencampaknya ke depan kerana aku berasa sangat tertekan. Dan aku hilang tumpuan untuk belajar dan terus marah-marah tak tentu pasal. Kadangkala, aku menganggap aku seperti sudah gila. Tapi kadangkala aku memegang dahiku dengan kedua belah tanganku bertongkatkan siku ku sambil beritighfar dan menangis jika kemarahan aku sudah reda. Itulah yang aku rasa dan aku lakukan jika aku sudah tertekan memikirkan semuanya.

"kini, aku pasrah. Aku sudah mampu menerima semua ini. Kini barulah aku menyedari, memilih kawan bukanlah suatu perkara yang mudah. Kadangkala, aku terfikir, ini perakhirannya jika hubungan kita renggang dengan kawan yang sudah lama bersama dengan kita. Mungkin orang, hatinya tidak bertindak seperti aku, mungkin hanya murung, mungkin hanya sedih, atau mungkin rasa menyesal. Tetapi, aku merasai semuanya. setelah aku fikir, fikir, dan fikir, akhirnya, aku mampu menerimanya. Alhamdulillah. Aku bersyukur, kerana Allah telah membantuku. Ya Allah, aku bersyukur, kerana engkau telah memberikan kesedaran kepada aku, sesungguhnya, aku manusia biasa, tidak lari dari masalah, tidak lari dari dugaan, dan tidak lari dari segala ujian-Mu. segala puji bagi-Mu Ya Allah, ku panjatkan doa, agar kau sejahterakanlah najiha, permudahkanlah segala urusannya, sinarilah hari-harinya dengan cahaya dan hidayahmu, dan engkau berikanlah keberkatan dan keredhaan kepadanya, sekiranya dia tersilap langkah, ampunilah dia, dan sekiranya ingin bertaubat, dan ingin memohon maaf, bukakanlah pintu taubat untuknya, dan engkau jadikanlah dia, seorang anak yang taat akan ibu bapa, dan jadikanlah dia, orang yang solehah.


jiha, shikin nak mintak ampun dan maaf, dari hujung rambut, sampai hujung kaki, jiha, shikin halalkan makan minum jiha selama ni, jiha, shikin harap, jiha bahagia hidup tanpa shikin, dengar cakap mak dengan ayah, belajar rajin-rajin agar dapat mnyenangkan hati mak dan ayah jiha, hormat abang-abang jiha, hormat kakak-kakak jiha, dan shikin doakan, semoga jiha buat yang terbaik, dan mendapat keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan PMR jiha tahun depan.

sahabatmu
-shikin sabihan-