ini yang saya pendam dalam hati saya, najiha :')

assalamualaikum. ehem2, lama betul tak update blog. dah bersawang-2 dah. haha, act tak de menda nak di kongsi. memang bosan. exam. arghh! cukuplah. tertekan. hurmm. tak tahu nak cerita pasal apakan.

sedang membelek-2 memori time sekolah rendah. aku teringat akan kawan yang dah lama melupakan aku, tak tahu la dia lupa ke apakan. tapi nampak gaya memang dia dah lupa. nak di pendekkan cerita. dulu kitorang, nak kata kawan baik tu tak la. tapi kira rapat gitu-2 je. member-2 lama dia semua kata dia dah mula berubah semenjak dia bergelar FACEBOOKER. yup. facebooker.

awak, awak ingat tak, dulu time kita sekolah rendah, kita selalu pergi sekolah sama-2 kan? tiap-2 pagi, mak awak antar awak pergi rumah saya nak tunggu bas sekolah sampai, awak ingatkan :') , kalau mak saya buat sarapan, saya suruh mak saya simpan bagi kat awak, sebab saya takot awak lapar. tak sempat sarapan. kalau kita tak bawak bekal, kita pegi bila nasi lemak sama-2 kat sebelah jejantas sekolah kan. kalau awak nak beli air, saya tunggu awak nak makan sama-2. bukak nasi lemak sama-2. pastu, dah bunyi loceng, saya hantar awak balik kelas. daripada saya darjah 4, awak darjah lima sehingga darjah 6. itu lah rutin kita tiap2

bila loceng pukul 1 bunyi., saya cuma terfikir nak keluar cepat, sebab nak jaga tempat duduk dalam bas, supaya kita boleh duduk sama-2. saya sanggup berlari, dengan beg berat nya, tuhan saja yang tahu. tapi selalunya awak la yang keluar awal kan. pastu saya bagi awak duduk tepi tingkap, sebab saya tahu awak tak tahan panas. sampai saya berebut tingkap dengan budak kat belakang tu kan awak?

bila petang, nak pergi sekolah agama, kadang2 saya nak nangis, sebab saya pegi sorang-2, sebab awak tak sekolah petang, ada kalanya, saya tipu mak saya, "mak, hari ini ustazah-2 adik mesyuarat, jadi ustazah kata nak datang boleh, tak nak datang pon tak pea, jadi adik tak nak pegi sekolah la mak,oh lagi satu mak, nanti boleh tak adik ajak jiha datang sini, nanti nak main jutaria dengan jiha la mak. boleh kan?" awak ingat tak, dulu, kita gila2 main juta ria, awak suka jadi bank, tapi kadang-2 tu saya takut nak main ngn awak, sebab, saya asik muflis jea, awak suka kebas duit saya, awak suka beli tanak banyak, sebab kalau orang langgar tapak awak, nanti kena bayar. hehe, tapi saya tak kisah, asal saya puas main dengan awak .


sabtu ahad pulak, kita selalu makan meggi cawan dekat 7e kan wak,? kita beli sluppy, macam2, pastu main jutaria balik, hurmhurm, saya tak boleh bla la wak time tu, sampai kita jadi bebal hari-2 makan meggi cawan.


awak ingat tak dulu, kita lepak2 ngan yana, dila selalu pergi cc dulu main game left4dead. awak memang hebat bab2 left4dead tu. pastu kita main bola jaring kat padang. pastu dulu kita panjat pokok, ada budak taruk gelongsor lama kat bawak pokok, pastu kita panjat pokok tinggi2. best kan time tu.


bila awak dah form 1, saya pergi sekolah sorang2, sedih sangat, mula-2 kan wak, memang saya tak biasa, kadang2 dalam bas saya menangis, kadang-2, bila saya duduk sorang2 dalam bas, saya terasa awak ada kat sisi saya, kadang-2 tu saya terdengar awak ketawa, bercakap2 kat sebelah saya. tapi bila saya pandang sebelah saya, seakan akan ada debu angin yang seolah-olah baru duduk kat sebelah saya berterbangan, awak saya tak tipu wak. tapi dah lama2 tu saya dah biasa. sebab hakikatnya, awak dah naik form 1.


bila saya habis UPSR, saya rasa lega, dan tak sabar nak masuk sekolah baru, sebab lagi sekali, saya boleh pergi sekolah dengan awak. seronok, tunggu bas kat bustop dengan awak sama2. kadang-2, saya usik2 awak sampai awak merajuk 2-3 hari, bila dah sampai sekolah, saya hantar awak pergi surau dimana selalu kawan-2 awak tunggu ahli-2 yang lain. kadang-2 saya malas nak hantar awak, tapi awak pujuk-2 manja dengan saya, saya terpaksa layan kerenah awak yang manja tu. tpi, time saya ada training netball, berminggu-minggu saya tak pergi sekolah, saya kesian tengok awak pergi sekolah sorang-2, saya selalu berdoa, agar dipercepat kan hari supaya dapat pergi sekolah balik dengan awak. pastu awak suka dengan member-2 saya. sehingga awak jadi kan mereka adik angkat. :')


tapi lepas 2-3-4-5 bulan macam tu. saya mula nampak corak perubahan awak. awak dah tak pergi sekolah dengan saya, saya dengar cerita awak dah lama tak jumpa yana. dan saya dengar awak active dalam facebook. dah lama-2 tu, saya dengar dari mulut-2 orang, yang awak sekarang dah mula jadi hot. saya tak percaya. tapi satu hari tu, awak berselisih dengan saya, awak langsung tak berpaling memandang saya. dari situ saya dah nampak kebenaran cerita dari ramai orang. dari situ lah hati saya tegertak untuk mengatakan yang saya salah pilih kawan. kadang-2, saya tampar muka saya sendiri untuk sedarkan diri saya sma ada saya bermimpi berfikiran sebegitu, atau memang realiti kebenaran yang saya salah pilih kawan. saya selalu menafikannya. tapi hakikat sebenar saya kena terima.


di sebabkan saya tak boleh terima semua perubahan awak, macam-2 saya maki awak, kutuk2 awak. saya memang tak boleh terima. stelah saya menerima semua ni, memori saya dengan awak dulu bermain-2 seolah-olah pada masa itu saya berada jauh daripada awak sedangkan kita setaman. mungkin dri kita berdekatan, tetapi hati kita berjauhan. ungkapan itu sangat berbeza. jauh sangt beza nya,kadang-2, saya menangis keatas semua peerkara ni.


saya sedar, sekarang ini taraf awak tinggi. siapalah saya ini untuk awak. saya tak HOT, saya tak popular, saya tak menjadi individu kegemaran ramai. lain lah macam awak. cantik, putih, kurus. tapi saya berterus terang, saya memang tak boleh terima semua ini, sehingga saya memaki-maki hamun awak. saya kutuk awak macam-2. 


awak, saya sedar, sekarang, tapi satu je saya nak awak tahu, suara awak nyanyi lagu kegemaran saya "back to december" tu, saya masih simpan. time awak lepak kat rumah saya dengan syikin.saya nak buang tapi. tak sampai hati. dan saya menganggap awak seperti kakak saya sendri. banyak lagi memori yang saya ingat yang saya nak luahkan kat sini, tpi,entahlah. sebelum saya mengakhiri entry ini, saya nak bagi tahu awak sesuatu, saya sayang sangat kat awak,saya halal kan apa yang saya bagi kat awak selama ini, saya halalkan SEMUANYA. sampai di sini sahaja. kasih sayang saya pada awak. siti najihah bt azizan. :')


-sahabatmu
-nurul ashikin bt muhamad sabihan-