I CLOSE MY EYES AND PRAY :')





Sudah agak lama rasanya tidak mengemas kini blog. Rasa tidak ada apa yang ingin diceritakan kerana buat masa kini aku agak sebok dengan latihan dipadang. Kemudian aku terasa rindu akan kelas dah kawan-kawanku yang sudah lama aku tinggalkan.

Keadaan aku buat masa kini tidak begitu stabil. Malam Selasa, sewaktu aku ingin menuruni tangga, aku terjatuh dan tersungkur sewaktu ingin menghantar kain baju yang telahku pakai. aku terduduk di atas tangga menahan kesakitan. kemuadian, aku teringatkan Mia, entah macam secara tiba-tiba teringatkan dia. Kemudian aku rasa tak senang hati. kemudian aku turun bawah menghantar kain baju tadi.

Dengan penuh berhati-hati aku menaiki semula tangga. dan terus masuk kebilik. aku terus berfikiran yang sama. aku terus menangis, menangis, dan menangis. pada masa itu, risauku akan Mia amat terasa.

Pagi rabu, telefon bimbitku berdering menandakan ada mesej yang dihantar kepadaku. terus aku membukanya, ternyata mesej dari Elyn. "Assalamualaikum, hmmm, nak bagi tahu ni, Mia ada ketumbuhan dekat tekak and jangkitan kuman dalam badan, doakan semoga dia cepat sembuh k? thanks"


Sentap hati ini seketika sambil berlinangan air mata. Rasa hairan menyusul. Sedangkan sebelum ini tidak kelihatan seperti orang sakit. Dikalangan rakan-rakanku, dialah yang paling ceria sampai dia digelar "Mia Sepet Si Mulut Becok" aku terus menelefon rakanku bertujuan ingin mencari kepastian. dan mereka kerkata "ya, sabarlah ya, kita sama-sama mendoakan yang terbaik untuknya"


Dua tiga hari sebelum mendapat khabarnya, aku langsung tidak menegurnya (jangan tanya kenapa kerana ia sangat pribadi buatku) tapi kadangkala aku juga berasa ingin berhubung dengannya, tapi hati tidah mengizinkan. Dan pada masa yang sama aku merinduinya, Aku bercadang, kalau aku jumpa dia hari Selasa tu, aku ingin menegurnya dan berjabat tangan. Tapi kelihatannya hanya bayang-bayang. Mungkin dia tidak mahu berjumpa dengan aku atau mungkin dia sudah nampak aku, tapi cuba mencari haluan yang lain. Ok. Disitu aku faham.

Semalam, rakan-rakanku yang lain menjenguknya di hospital, aku rasa amat menyesal dan sedih kerana tidak turut serta atas sebab tertentu. hanya facebook dapat menghubungkan antara aku dan rakan sekiranya tidak dapat berjumpa. Aku bertanya farisha menurusi laman ini, dan dia berkata Mia menunggu keputusan dari doktor sama ada dia ada leukimia atau tidak. Aku membaca pesanan tersebut sambil mengucap panjang lantas berlinangan air mata. Ya Allah, kenapa sampai begini? selepas mendapat berita itu, aku tidak berhenti membuat "research" tentang leukimia. sering aku jumpa ialah "mungkin tidak ada masa yang agak lama untuk pesakit leukimia untuk terus. . . . . . " 
aku terus memadam entri dan tidak baca selanjutnya.

ketika membaca pesanan itu, aku seakan dibuang daya untuk berkata-kata seketika. Aku tak menyangka dia akan hidap penyakit sebegitu di usia yang agak muda. Tapi. takdir Allah itu tidak mengenal usia atau apa saja. Sekiranya itu yang DIA tetapkan, kita sebagai manusia biasa haruslah menerima seadanya.

Kemudian, aku mula berfikiran agak negatif. antaranya hati sering berkata " macam mana, kalau aku tak sempat meminta maaf padanya, berjumpa dengannya, atau........" terhenti seketika bisikan hati itu dan mengucap panjang.

Tidak ada apa lagi yang aku ingin katakan kerana hati sangat sentap dengan apa yang yang terjadi, ku harapkan, sesiapa yang mengenalinya, pernah berhubung dengannya, doakanlah dia cepat sembuh, semoga dia tabah menghadapi semua ini.

"Mia, aku tahu kau seorang yang kuat,aku minta maaf sekiranya aku tidak berhubung dengan kau buat masa ini, aku minta maaf kerana tak ada peluang ingin menjeguk kau dekat hospital, aku harap kau tabah. lawan penyakit tu Mia. Mia yang aku kenal ialah Mia yang sabar, Mia yang kuat. Jangan putus asa. Jangan risau, aku pon takkan putus asa. "PUTUS ASA MENDOAKAN KAU SEHINGGA KAU SEMBUH" kita sama-sama doa. aku halalkan makan minum kau. aku maafkan kau andainya kau ada menyinggung hati aku. aku sentiasa doakan kau. aku sayang kau sangat-sangat"