do the best :')


sedih tau, abang dah tak de kat rumah.hurmm, , mak tak berhenti menangis, aku pun tahan airmata, tapi bila update semua ni , memang tak tahan , airmata da bertakung kat mata, dengan mata yang mrah saga, sepanjang perjalanan mak menangis, kesian, baru berapa jam tak jumpa, rindu kat dia. biasanya, time2 macam ni, kitorang tiga beradik tengah lepak2 dalam bilik aku, hurmm, gilir-gilir guna lappy, sampai pukul 12 kod, macam semalam, biasanya, tv3 tiap2 ari jumaat pukul 10 malam ada mega movie , and kalau hari isnin ade pearl screen, cerita best2, duduk gelak2 sama, sekarang dia jauh.

besok tak lama lagi, kakak aku pulak balik hostel , tinggal aku bertiga kat rumah, sekarang ni tadea selera la nak makan, teringatkan abang, hurmm, selalu nya, hari isnin , ade pasar kat belakang rumah tu ha, dia la yang tukang pegi beli makanan, sekarang, kena pegi sendiri,

kalau tiap2 petang, dia keluar main bola, pukul 7.30 baru balik , tadi aku terlupa, aku terdengar2 suara dia cuci kaki and parking motor, tapi bila aku keluar tengok, aku sedar, tadi sekadar hayalan, hurmm, apa bole buatkan ? tadi masa dah abis daftar semua apa, aku tak sempat salam dia, pasti kakak aku cakap , abang aku cakap kat mak " mak , mak jangan nangis yea? " mak aku hanya diam, beserta dengan air mata, sepanjang perjalanan, mak menangis, tadi maghrib, mak menangis, sian mak.

itu keperluan dia jugak untuk terus hidup, ala, lagi pon tempat nye dekat, sabak bernam je kot,tiap-tiap minggu boleh balik. hurmm, " abang, kau jangan lupa kitorang kat rumah yea , mak, ayah, aku ,akak, itam, and si oren yea, jangan lupa pesan mak ngan ayah, belajar rajin2, dapatkan pointer yang terbaik, " aku tak boleh cakap banyaklah , tisu dah abis ni, aku hanya mampu berdoa yang terbaik untuk dia, do the best bro :')

1 comment:

norliyana said...

Elehh, ingat aku tak sedih ! Kau kalau asa dia ponn bergaduh. Kann?

Post a Comment